PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PRIHATIN, CEPAT & RESPONSIF

Tips Penyusuan Semasa Berpantang

Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

Tips mudah bagi ibu memulakan penyusuan susu ibu semasa dalam tempoh berpantang. Susu ibu adalah  hadiah terbaik dari seorang ibu kepada anaknya. Semua ibu mampu untuk menyusukan anak walau pun mempunyai masalah inverted nipple atau puting tenggelam. Anda boleh klik di sini  untuk membaca tips penyusuan bagi ibu yang mempunyai masalah puting tenggelam. Sekiranya anda melahirkan anak kembar dua atau triplet, juga adalah tidak mustahil bagi anda menyusukan kesemua bayi anda. Anda boleh klik di sini untuk membaca testimoni seorang ibu yang berjaya menyusukan tripletnya.  Kebaikan susu ibu tidak terkira dan untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, saya ingin berkongsi beberapa tip istimewa untuk anda:


1) Cuba menyusukan sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Semasa memilih hospital untuk bersalin, pastikan hospital tersebut adalah hospital rakan bayi yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Sebaik bayi dilahirkan, anda boleh terus menyusukan bayi sambil doktor melakukan proses memotong tali pusat. Percayalah, segala kesakitan yang anda alami akan terus hilang sebaik sahaja anda mendakap bayi anda. Selepas dilahirkan, bayi sangat alert dengan persekitaran. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk bonding. Bayi yang baru dilahirkan dapat mencari di mana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa.


2) Kurangkan pelawat bagi memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu.
Beberapa hari pertama selepas bersalin, anda perlukan masa untuk berehat & bonding dgn bayi yang baru dilahirkan. Anda mempunyai hak untuk memberitahu saudara-mara & rakan-rakan supaya tidak datang melawat pada minggu pertama kelahiran.


3) Jangan berikan bayi anda puting tiruan.
Pacifier atau puting tiruan harus dielakkan bagi mengelakkan bayi anda mengalami nipple confuse atau kekeliruan puting.


4) Susukan bayi anda mengikut demand.
Jangan terlalu mengikut jadual. Susukan bayi anda setiap kali diminta. Bayi saya manyusu setengah jam sekali semasa dalam berpantang. Memang sangat meletihkan tapi sebagai ibu, kita nak bagi yang terbaik untuk anak. Set berpantang Shaklee (sila klik) membantu memberikan tenaga kepada ibu yang berpantang.


5) Susu anda tak cukup? 
Bayi anda tetap menangis selepas menyusu & anda menyangka bahawa anak masih kelaparan kerana susu anda tidak cukup. Yang sebenarnya perut bayi yang dilahirkan hanyalah sebesar kacang. Susu ibu adalah mencukupi. Bayi menangis bukan kerana lapar sahaja. Mungkin juga dia menangis kerana lampin penuh, kembung, terlalu panas atau sejuk, atau pun kerana mahu dipeluk. Percayalah! Susu ibu cukup untuk mengenyangkan bayi anda.


6) Pastikan anda & bayi  selesa semasa menyusu.
Gunakan  bantal untuk menyokong belakang dan kepala bayi. Pastikan badan bayi menghadap anda supaya bayi tidak perlu meusingkan kepala untuk menyusu. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda & sokong payudara supaya ia tidak menekan dagu bayi. Sekiranya anda merasa tidak selesa, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Semoga tips di atas dapat membantu anda memulakan penyusuan susu ibu semasa didalam pantang. Anda juga boleh menggunakan breastfeeding set shaklee (sila klik) bagi membanyakkan susu supaya anda dapat menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang.

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837 Facebooke page: aisah health collection Email : ct_ijn@yahoo.com ID :867656 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra! * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *