PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PRIHATIN, CEPAT & RESPONSIF

Anak taknak menyusu????

Tiba-tiba Anak Taknak Menyusu? Nursing Strike

Secara tiba-tiba bayi anda taknak menyusu badan? Jenuh pujuk tapi tetap taknak. Bila bagi juga, baby akan palingkan kepala ke arah lain. Atau pun dia akan kumam je puting ibunya. Atau lagi teruk, bayi anda GIGIT puting sekuat hati. Bila anda jumpa doktor atau adukan masalah ini kepada jururawat, dan sekiranya doktor atau jururawat itu bukan penyokong penyusuan susu ibu, kemungkinan besar beliau akan menasihati anda untuk mula memberikan solid food kepada bayi walau pun bayi anda belum berumur 6 bulan. Maaf kalau saya katakan bukan semua doktor atau jururawat tahu tentang nursing strike. Apakah yang dimaksudkan dengan nursing strike?

Menurut babycenter.com, nursing strike bermaksud A baby who refuses to breastfeed (and is not in the process of being weaned) is said to be on a “nursing strike.” A nursing strike is your baby’s way of telling you that something’s wrong. And it’ll probably take a little detective work to figure out the problem.   

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan mengapa bayi anda mengalami nursing strike. Di antara penyebabnya ialah:

[✔] Mastitis
Keadaan payudara ibu yang bengkak mungkin menyebabkan bayi enggan menyusu kerana pelik dengan keadaan payudara yang tiba-tiba bertekstur keras. Bukan lembut seperti biasa.

[✔] Teething atau tumbuh gigi

Bayi yang sedang tumbuh gigi berasa sakit & kebiasaanya akan meragam atau demam. Sekali gus mengurangkan selera untuk menyusu.

[✔] Tidak sihat

Sekiranya bayi anda tidak sihat, keinginannya untuk menyusu juga akan berkurangan.

[✔] Bayi stress
Anda baru mula bekerja? Anda berpindah rumah? Anda menukar pengasuh bayi anda? Bayi anda takut atau terkejut kerana anda marah apabila menggigit? Ada perubahan pada jadual & cara penyusuan? Ada pelbagai penyebab mengapa bayi anda stress. Apabila bayi stress, keinginan untuk menyusu juga akan terjejas.

[✔] Susu ibu berkurangan
Sekiranya susu anda tiba-tiba merudum, bayi akan menolak untuk menyusu. Ini kerana bayi anda kecewa dengan aliran susu yang perlahan & sedikit. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengambil breastfeeding set Shaklee (sila klik).

[✔] Let Down Reflect (LDR) yang lambat
Bayi juga akan menolak untuk menyusu sekiranya LDR anda lambat.

[✔] Perubahan rasa susu ibu.
Rasa susu ibu akan berubah-rubah mengikut pemakanan. Bayi mungkin menolak untuk menyusu sekiranya tidak suka dengan rasa susu anda.

[✔] Perubahan bau ibu?
Mungkin juga bayi anda enggan menyusu disebabkan ibunya berubah bau kerana menukar deodorant, sabun atau perfume yang baru. Mungkin bayi anda tidak menyukai bau baru anda!
Ibu perlu ingat bahawa JARANG SEKALI bagi dibawah umur setahun mahu bercerai susu dengan sendirinya. Dan keadaan nursing strike atau keengganan bayi menyusu tidak bermakna bayi anda akan menolak daripada menyusu untuk selama-lamanya. Tambahan pula, andai bayi anda telah bersedia untuk bercerai susu sekali pun, ianya tidak akan dilakukan dengan tergesa-gesa sebaliknya akan dilakukan secara perlahan-lahan. Oleh itu sebagai seorang ibu, anda jangan sesekali panik atau terlalu risau kerana bayi anda pasti akan kembali menyusu seperti sediakala. Kebiasannya nursing strike akan berlaku selama 2 minggu sahaja & selepas itu bayi anda akan menyusu seperti biasa. Jangan lakukan kesilapan besar dengan memperkenalkan solid food kepada bayi sepanjang tempoh nursing strike. Ibu perlu memainkan peranan dan harus bijak memujuk bayi anda untuk menyusu semula.
Anda juga dinasihatkan untuk mengepam susu di dalam tempoh ini agar penghasilan susu tidak terjejas disamping untuk megelakkan bengkak susu mahupun blocked duct atau saluran susu tersumbat.
Apa yang boleh anda lakukan untuk memujuk bayi supaya menyusu semula? Anda boleh melakukan:

[✔] Skin to skin contact
Tanggal pakaian bayi & anda. Susukan bayi dalam keadaan baring. Lekapkan badan bayi ke badan anda. Sentuhan kulit di antara anda & bayi akan membentuk bonding. Insya Allah bayi anda akan merasa kehangatan tubuh & kasih sayang anda. Sekali gus  keinginan untuk menyusu badan akan kembali. 

[✔] Pelbagaikan posisi penyusuan bagi mengenalpasti posisi mana yang paling digemari bayi anda.



[✔] Kerapkan pelawaan untuk bayi anda menyusu
Susukan bayi anda dengan kerap. Jangan culas walau pun bayi enggan menyusu. 

[✔] Sekiranya nursing strike ini berpunca daripada keadaan bayi anda yang tidak sihat, bawanya segera untuk berjumpa doctor

[✔] Menyusu dalam keadaan bayi mengantuk atau mamai
Dalam keadaan mengantuk, selalunya bayi tidak akan menolak sekiranya diberikan susu.

[✔] Elakkan daripada sebarang gangguan semasa menyusu agar bayi anda dapat memberi sepenuh tumpuan kepada anda dan penyusuan
Susukan bayi anda dalam bilik yang senyap tanpa gangguan bunyi tv atau adik-beradik yang lain.

[✔] Guankan deodorant, perfume atau sabun asal
Bayi mengenali bau ibunya. Oleh itu gunakan bau yang dikenali oleh bayi anda.

Semoga dengan perkongsian tip-tips yang diberikan di atas, anda akan lebih bersedia sekiranya bayi anda mengalami masalah nursing strike. Sesungguhnya proses menyusukan anak sehingga dua tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Kuatkan semangat, Insya Allah anda akan berjaya.

Breastfeeding Set Shaklee dapat membantu anda menyusukan bayi tanpa perlu penambahan susu formula. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya!

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837 Facebooke page: aisah health collection Email : ct_ijn@yahoo.com ID :867656 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra! * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *