PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PRIHATIN, CEPAT & RESPONSIF

Tips Ibu Menyusu Kurus Dengan Cepat, Tanpa Jejaskan Berat Bayi

Tips Ibu Menyusu Kurus Dengan Cepat, Tanpa Jejaskan Berat Bayi

“Aku nak kurus dengan cepat lepas bersalin. Kalau boleh, bila aku masuk kerja balik dah slim macam dulu.”

Menyusukan bayi ini ada banyak manfaat. Sama ada untuk si bayi dan juga ibu-ibu seperti anda.

Salah satu manfaat penyusuan adalah boleh menurunkan berat badan selepas bersalin lebih cepat berbanding dengan ibu tidak menyusukan anak.

Jadi, mungkin ada di kalangan ibu-ibu seperti anda mula menyimpan impian. Habis saja cuti bersalin, banyak berat badan turun.

TIPS KURUS DENGAN CEPAT SELEPAS BERSALIN

Mungkin ada di kalangan anda tertanya kenapakah menyusu boleh membuat seorang ibu boleh turun berat badan? Apakah logiknya?

Ada pelbagai kajian menunjukkan penyusuan ini secara puratanya mampu membakar 500 kalori anda setiap hari.

Dan angka ini boleh meningkat hingga ke 700 kalori sehari apabila bayi anda semakin membesar.

“Wow, banyaknya.”

Ya, memang sangat banyak.

Ia seumpama kita bersenam secara intensif selama 30-45 minit setiap hari.

Ehem, kita nak exercise tiap-tiap hari selama 5 minit pun belum tentu boleh konsisten.

Tetapi melalui penyusuan, dengan mudah untuk kita membakar lemak yang tersimpan di dalam badan.

Untuk mendapat kesan sebegini, ia memerlukan penyusuan eksklusif.

Maksudnya, bayi tersebut 100% menyusui dari kita. Tidak bercampur dengan penyusuan melalui susu formula.

IBU DAH KURUS, TAPI BERAT BAYI TAK NAIK

Breastfeeding menyusu cepat untuk kurus selepas bersalin

Dalam kita mengejar impian nak cepat kurus lepas bersalin, usah dilupakan juga keadaan si manja.

Jika tak kena gaya, ibu dapat turun berat badan. Tetapi sedihnya, berat bayi pula yang terkesan. Susah berat mereka nak naik-naik.

Keadaan begini bukanlah sesuatu yang positif ya ibu-ibu.

Sebabnya, kita mahu melihat bayi kesayangan dapat membesar dengan sihat. Sama ada dari segi perkembangan fizikal mahu pun mental.

Selalunya, perkara ini terjadi kerana tabiat pemakanan seseorang ibu tersebut.

Sebagai contoh, ibu terburu-buru terus nak berdiet selepas bersalin.

Ibu mungkin sering “skip meal”. Ataupun ibu mungkin ‘ikat perut’, iaitu tahan lapar daripada makan dengan cukup.

Atau mungkin juga, ibu-ibu mengamalkan diet-diet tertentu yang agak ekstrim seperti “no carbs” (tiada karbohidrat).

Keadaan ini membuatkan ibu-ibu tidak mendapat nutrisi pemakanan yang cukup.

Dan ini boleh memberi kesan kepada kuantiti serta kandungan susu yang dihasilkan.

Maka, sebab itu ibu-ibu yang menyusu tidak digalakkan untuk berdiet.

TANPA TAHAN LAPAR, IBU TETAP BOLEH KURUS & BAYI MEMBESAR DENGAN SIHAT

kurus dengan cepat

Makan dengan cukup adalah sangat penting ketika kita menyusu.

Tetapi, itu bukanlah lesen untuk seorang ibu menyusu untuk makan dan minum apa saja tanpa sebarang had.

Apa yang perlu dititikberatkan adalah makan secara sihat.

Ini untuk memastikan anda mendapat nutrien dan kalori yang diperlukan. Dan seterusnya memberi manfaat kepada tumbesaran bayi yang menyusu.

Secara umumnya, wanita menyusu memerlukan lebih kalori daripada wanita biasa.

Memetik daripada laman web kesihatan Healthline, pecahan kategori bagi wanita menyusu adalah seperti berikut;

  • Gaya hidup santai (sedentary) – 2,250 – 2,500 kalori sehari
  • Gaya hidup separa aktif – 2,450 – 2,270 kalori sehari
  • Gaya hidup aktif – 2,650 – 2,900 kalori sehari

Walau bagaimanapun, kita usah risau melihat angka tersebut. Sehingga memikirkan apakah kita boleh kurus dengan pengambilan kalori sebanyak itu.

Dengan gaya pemakanan (dan kehidupan) yang betul lagi sihat, kita tetap boleh kehilangan berat badan selepas bersalin.

TIPS IBU MENYUSU UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

1. Minimumkan air minuman manis boleh bantu ibu menyusu kurus dengan cepat

kurus dengan cepat

Minuman manis bergula memang sedap.

Tetapi kebanyakan minuman sebegini adalah “empty calories”. Maksudnya kalori dari gula dan lemak jauh lebih tinggi berbanding nutrien penting.

Senang cerita, ianya tidak menyihatkan. Dan membuatkan kita lebih sukar nak turun berat badan.

Selain itu, air manis juga membuatkan badan dehidrasi lebih cepat. Kita akan rasa lebih cepat lapar. Dan keinginan untuk makan lebih banyak jadi tinggi.

Nasihat Aisah, perbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Itu adalah lebih baik.

2. Elak skip meals boleh jejaskan berat ibu menyusu

Apabila kita “skip meals”, ia akan memperlahankan proses metabolisme badan.

Ini membuatkan kita menjadi tidak bertenaga. Kita akan jadi sukar nak aktif dan menyusu.

Ada sesetengah kes, tabiat “skipping meals” boleh membuatkan seseorang itu sebenarnya bertambah berat badan.

Apabila kita terlalu lama tidak makan, badan akan secara automatik masuk ke dalam ‘survival mode’.

Ini membuatkan sel tubuh kita berasa ‘craving’ yang sangat tinggi terhadap makanan.

Kesannya, kita akan makan dengan lebih banyak berbanding kebiasaan.

Apa yang ibu-ibu menyusu perlu lakukan adalah makan saja seperti biasa setiap hari.

Sebagai contoh, sarapan, makan tengah hari, makan petang, serta “snacking time”.

3. Senaman kegel bantu ibu bakar kalori

kegel exercise selepas bersalin

Jika doktor membenarkan, ibu-ibu menyusu boleh lakukan senaman kegel selepas bersalin.

Senaman sebegini boleh membakar kalori kita setiap hari.

Selain itu, ia juga dapat membantu menguatkan kembali otot-otot faraj dan menyokong rahim kita.

“Tapi kan Aisah, saya dengar ada orang kata, kalau ibu-ibu bersenam ia boleh membuatkan susu badan jadi masam.”

Pendapat sedemikian mungkin timbul memandangkan tahap asid laktik dalam badan akan meningkat selepas aktiviti bersenam. Dan asid ini pula kekal di dalam badan sehingga hampir 90 minit.

Keadaan ini yang mungkin menyebabkan rasa susu berubah. Sehingga ada yang mengatakan rasanya masam.

Tetapi kes di atas berlaku bagi mereka yang melakukan senaman berintensiti tinggi.

Kalau kita lakukan senaman ringan seperti kegel, tahap asid laktik tidak akan mengalami peningkatan.

Jadi, susu badan tidaklah sampai jadi masam untuk diberikan kepada bayi selepas kita bersenam.

4. Menyusu dengan kerap, tips terbaik untuk ibu kurus dengan cepat

Penyusuan ini memang meletihkan.

Lebih kerap menyusukan bayi atau memerah susu, lagi badan cepat letih. Aisah sendiri pernah merasainya untuk ketiga-tiga anak.

Jika tak ada keazaman kuat, mungkin kita akan cuba untuk culas, dan jarakkan penyusuan atau pemerahan.

Atau mungkin terlintas nak berhentikan penyusuan badan (“breastfeeding”) dan beralih kepada susu formula.

Di satu sudut yang lain, kita kena sentiasa ingat perkara ini.

Kekerapan menyusu dan memerah ini sebenarnya sangat bagus untuk ibu. Selain daripada merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak, ia juga dapat lebih banyak bakar kalori.

Jadi, kalau ibu nak cepat kurus selepas bersalin, teruskan menyusu dan memerah dengan kerap.

5. Komposisi pemakanan yang betul bagi ibu menyusu nak kurus dengan cepat

Berat Aisah ketika nak bersalin adalah 74 kg. Dan dalam masa usia baby Aisah 8 minggu, berat Aisah menjadi 62 kg. Banyak kan.

kurus dengan cepat

“Aisah turun berat banyak macam tu, tak efek pada baby ke?”

Tidak. Baby Aisah membesar dengan sihat. Bila setiap kali cek di klinik kesihatan, graf berat dan tinggi di dalam buku pinknya pun cantik.

“Aisah tak makan nasi ke?”

Aisah tetap makan nasi pada portion yang betul. Dalam masa sama, Aisah pentingkan pemilihan komposisi pemakanan yang betul selepas bersalin.

Jadi, Aisah pastikan pemakanan tersebut mesti mengandungi sumber nutrien yang cukup;

  • Tinggi protein
  • Zat besi
  • Magnesium
  • Vitamin B1, B2, B3, B6, B12
  • Omega-3
  • Alfalfa

NUTRIEN MAKANAN BANTU KURUS DENGAN CEPAT SELEPAS BERSALIN

Nutrisi yang saya senaraikan tadi mungkin pernah kita pelajari ketika subjek Sains semasa di bangku sekolah dulu. Betul tak?

“Alah, tapi saya dah lupa lah Aisah pasal fungsinya.”

Tak apa. Aisah kongsikan bagaimana nutrien tersebut berfungsi dalam membantu anda untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin.

1. Protein

Makanan tinggi protein boleh mengurangkan hormon lapar. Jadi, anda akan berasa kenyang lebih lama.

Selain itu, ada kajian menunjukkan diet tinggi protein juga boleh meningkatkan kadar metabolisme badan.

Dan ini bukan saja membuatkan anda bertenaga, malahan juga meningkatkan kadar kalori yang dibakar.

Trivia: Protein tinggi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin.

2. Zat Besi

Zat besi (“iron”) membantu badan anda menghasilkan tenaga daripada nutrien pemakanan. Ia membawa oksigen ke seluruh sel-sel badan, termasuklah otot-otot anda.

Hasilnya, ia membantu otot-otot anda untuk membakar lemak di dalam badan.

Trivia: Oleh kerana zat besi menggalakkan lebih banyak oksigen dibawa ke seluruh badan, maka ia membantu untuk mengurangkan ibu-ibu menyusu cepat penat dan lesu.

3. Magnesium

Magnesium adalah salah satu nutrien yang diperlukan dalam penghasilan tenaga oleh badan kita.

Selain itu, ada kajian menunjukkan magnesium juga membantu mengurangkan “water retention” .

Ini kerana ada sesetengah individu mengalami berat badan disebabkan air dalam badan berlebihan yang tidak dapat dikumuhkan.

Jadinya, magnesium dapat menyahkan lebihan air ini.

Trivia: Magnesium membantu penyerapan nutrien kalsium dengan lebih baik. Ini sekaligus membantu kesihatan tulang untuk ibu-ibu, serta pertumbuhan tulang bayi yang disusukan.

4. Vitamin B1, B2, B3, B6, B12

Salah satu fungsi vitamin B ini adalah untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

Jadi, ia adalah nutrien penting dalam membolehkan metabolisme badan anda dapat berfungsi secara efisien.

Secara langsung, vitamin B dapat membantu menurunkan berat badan.

Trivia: Kekurangan vitamin B di dalam badan boleh menyebabkan kemurungan. Jadi, pengambilan vitamin B boleh membuatkan ibu-ibu lebih tenang selepas bersalin, dan membantu mengurangkan kebarangkalian post-partum depression.

5. Omega 3

Ada kajian menyatakan Omega-3 mampu menaikkan kadar metabolik badan.

Apabila tinggi kadar metabolik badan, maka semakin banyak kadar lemak dibakar. Dan ini membantu dalam penurunan berat badan.

Selain itu, kajian lain menunjukkan Omega-3 boleh membantu dari segi ‘inch-loss’, dan membantu anda untuk nampak sesuai kembali memakai pakaian sebelum hamil.

Trivia: Pengambilan Omega-3 oleh ibu-ibu menyusu dapat membantu perkembangan minda serta penglihatan bayi secara positif. Ini kerana Omega-3 kaya dengan DHA & EPA.

6. Alfalfa

Alfalfa merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan penggalak susu (“milkbooster”).

Ekstraknya membantu merangsang penghasilan susu ibu lebih banyak.

Jadi, ibu dapat lebih kerap memerah dan menyusu. Dan seterusnya membakar lebih banyak kalori.

VITAMIN PENYUSUAN DAN KURUS DENGAN CEPAT SELEPAS BERSALIN

Beberapa produk Shaklee mempunyai khasiat nutrien yang disenaraikan di atas.

Aisah sendiri menggunakan produk-produk ini dengan setia sepanjang penyusuan ketiga-tiga anak Aisah.

Minuman Energized Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee mengandungi protein tinggi, vitamin B serta tinggi kalsium.

Selain itu, ESP Shaklee juga mempunyai kadar indeks glisemik rendah (low glycemix index) yang membantu dalam penurunan berat badan kita selepas bersalin.

protein ESP shaklee

Vitamin Vita-Lea Iron Plus (Vita-Lea)

Vita-Lea Shaklee merupakan sejenis multi-vitamin. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan juga mineral. Dan salah satu daripadanya adalah zat besi (iron).

multivitamin shaklee

Vitamin B-Complex Plus With Folic Acid (B-Complex)

Vitamin B-Complex Shaklee ini mengandungi kandungan vitamin B yang seimbang lagi sihat.

Antara vitamin B yang terkandung di dalamnya adalah vitamin B1, B2, B3, B6, B12.

Vitamin Ostenutrix

Ostenutrix merupakan sejenis vitamin kalsium. Tapi ia bukan sekadar sahaja kalsium, tetapi juga mengandungi magnesium.

kalsium shaklee

Vitamin OmegaGuard

OmegaGuard merupakan minyak ikan Omega-3 fatty acids yang tinggi kandungan EPA & DHA.

minyak ikan shaklee

Vitamin Alfalfa Complex (Alfalfa)

Vitamin ini diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan alfalfa yang terkenal sebagai milkbooster. Selain itu, Alfalfa ini juga mengandungi kalsium.

detoks shaklee

MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?

Jika ibu-ibu yang mementingkan penampilannya dan nak kurus dengan cepat selepas bersalin, anda boleh ambil vitamin di atas. Terbukti, selamat dan berkesan.

Caranya adalah dengan hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus. 

www.wasap.my/60176477837/SayaNakSlimLepasBersalin

www.wasap.my/60176477837/SayaNakSlimLepasBersalin

Siti Aisah Mohd Ibrahim Pengedar Shaklee Subang Jaya

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

Nak tips lebih lagi untuk sesiapa sahaja berazam nak kurus cepat boleh baca entry seterusnya. Klik link tips cepat kurus ini.

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive

#pengedarshakleeusjsubangjaya

#NextlevelBlogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *