MILK BOOSTER SHAKLEE

Milk Booster Terbaik

My BF Journey

Hello..dah lame mama tak mencoretkan ilham dalam blog mama ni…baru nak menjinak jinakkan diri tp terhenti seketika..adakah mama busy??ye mungkin..adekah mama tak ade masa nak menulis??hehe tak tahula…hahhaha…Takpe may be dgn azam dan semanat baru mungkin selepas ni mama perlu merajinkan diri mama..
Mama cube menceritakan dan meringkaskan secara padat perjalanan Bf mama bergelar seorang ibu.hihi
Hari ini nuha dah pun genap 5 bulan. dan dengan itu mama berjaya meneruskan BF mam secara ekslusif tanpa GAGAL ..Alhamdulillah,,syukur kerana memberi peluang seperti mama yang di luar sana obses dengan dunia Bf ni dan seterusnya dapat  meluaskan rezeki anak mama nuha seluas lautan..huh…
Teringat masa lalu di waktu pantang : ” Baby kamu tu nangis sebab tak cukup susu.Pergi la bg die susu FM”..bla bla bla..Bingit telinga ni mendengar nye..Nasib baik ade serorg asben yang sentiasa berada di sisi mama..Hampir nak meroyan di buatnye.Dengan sokongan yang kuat dr ayah kamu alhamdulillah  dan kini terbukti di depan mata dorg sendiri..Ye saya berjaya…Stok yang berada di dalam peti sekarang mmg melimpah ruah sehingga saye betul betul risau adakah mama perlu beli satu deep freezer sedangkan mmg dah sedia ada satu di rumah ni.Deep freezer tu penuh dgn storage ikan tapi mama nak simpan susu.Hatta mama di panggil panggilan KS.Alhamdulillah 30 pack berjaya  diterbangkan di Kuala Lumpur pada 28 hb November 2011 yang lepas.

Ebm buat anak susuan saya Khawlah Sakinah..
Ebm yang selamat tiba yang diterbangkan khas dr Labuan untuk mu KS.

Walaupun mama ni seroang ibu yang berkerjaya tapi mampu meneruskan Bf tanpa halangan.Ameen.Disamping sokongan dari adik mama sendiri (http:baitulmuslimzaidee.blogspot.com) yang sentiasa menfollow up perjalanan bf mama dan ditambah nasihat dr lactation consultant mmg berbaloi baloi.

Ditambah lagi nasihat dr seorang sahabat mama kak Norita Idris (http:www.anakkuwiraku.com) demi menjaga kualiti susu ,alhamdulillah mmg terbukti.Pengambilan vitamin yang disarankan dalam shaklee mmg membuatkan rasa badan sentiasa segar dan bertenaga.Barulah kite sentiasa gembira dalam ape jua hal yang kita lakukan seharian.Sebagai seorang wanita yg berkerjaya kite perlu memastikan sistem tubuh badan yg sihat dan kuat barulah badan kite mampu menyampaikan mesej ke dlm sistem alimentary yg lain.Dengan itu sya bersyukur kerana badan mama mampu menghasilkan hormon oksitosin yg optimum dan  mama mampu menghasilkan penghasilan susu yg memberangsangkan.Mama adalah seorang pengamal Vit C,Vit B conplex,Vita Lea,ESP dan Alfalfa yg tegar.Dapat membantu badan mama dr keletihan akibat sibuk bekerja  demi menjayakan misi perjuangan BF mama.Dengan tambahan pengambilan Lecithin kerana ia sesuai bagi ibu ibu menyusu,ia lebih selamat diamalkan kerana fungsi lecithin itu sendiri membakar lemak dan memecahkan kolestrol yg tinggi dlm darah ia juga bagus mengelakkan daripada masalah kebengkakan susu untuk perkembangan otak anak.Sejurus itu ia mampu mengembalikan  berat badan yg ideal dan selamat bg ibu ibu menyusu.Inilah die peneman sejati mama:
saye masih teringat masa conference saye dgn kak Norita gitu,saksikanlah:
Selepas beberapa minggu selepas pantang
Alhamdulillah ..Dengan  adanye pengenalan shaklee ke atas mama,InsyaAllah mama cube mendisiplinkan diri mama sendiri untuk mengamalkan pemakanan kesihatan yang baik dan disamping makanan yang seimbang demi menjaga kualiti susu mama demi anak anak mama yang tersayang.Inilah stok susu mama yang terkini dan insyaAllah akan diterbangkan lagi ke Kuala Lumpur jika diberi  kesempatan dan dipermudahkan oleh ALLAH.Kite hanya mampu merancang ..Kepada Dia jugalah kite berserah..Taraaaaaaaaaaaaaaaaa:
Diatas adalah hasil tuaian bulan November dan Disember..Ada few pack lg tggl stok bulan Oktober..Ni semua adalah hasil usaha mama sendiri..Tak sia siakan ..Tujuan mama bukanlah untuk mendownkan ibu ibu di luar sana yang mengalami fenomena susu merudum tapi sbg pembakar semangat..Bak kate pepatah Dimana Ada Kemahuan ,Disitu ada Jalan..Nawaitu kena betul..Niat yang betul InsyaAllah Tuhan akan tolong kite.Dulu mama juga adalah salah seorg mama yang bersedih sentiasa risau dgn penghasilan susu yg tdk memberangsang kan tapi kini mama dah jd eppy mama..Hurayy..Berkat sokongan org sekeliling yang menyokong mama beserta ibu ibu di KIM ,alhamdulillah terbukti hasilnya.Dan mama betul betul tdk menyangka Allah menghadiah kan mama seorg anak susuan mama dan secara rasminya menjadi kakak kepada nuha…Taraaaaaaaaaaaaaa:
Inilah die memperkenalkan yang sebelah kiri tu adalah kakak saya KHAWLAH SAKINAH dan yang sebelah kanan sedang duduk dlm rocker yg mama hadiahkan tu adalah saya sendiri NUHA KAMILAH..
mama rindu kamu semua..Gambar ini diambik sewaktu sakinah berumur 11 bulan dan nuha baru nak msk 3 bulan …Dan ini gambar nuha yang ter kini:
Nuha nak bgtau mama yang anak anak sekarang perlu maju dan kehadapan.Dunia IT Teknologi tidak boleh tinggal dan terbukti inilah dia contoh anak mama..hahahha ..ALHAMDULILLAH…Nuha membesar dengan susu ibu ,die mmg sangat aktif dan berkembang dengan pesat dan cepat..Syukur…
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun


Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahunApa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
    • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
    • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
    • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
    • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
    • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
    • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

    Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

    • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
    • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
    • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
    • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

    Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

    • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
    • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
    • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
    • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

2 thoughts on “My BF Journey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *