Supplement Ibu Menyusu Buatkan Ibu Sihat dan Segar Walau Kerja Teruk
Kenapa para ibu yang menyusu perlu mengambil supplement? Isu vitamin ibu menyusu sering diperkatakan dan dipersoalkan.
Pengambilan supplement para ibu menyusu amat digalakkan kerana ia sangat membantu dalam menjaga kesihatan si ibu dan anak yang disusukan. Ibu pun tak letih teruk walau kerja seharian tanpa jejas susu perahan.
Kesan Amal Supplement
Di zaman sekarang wanita sibuk berkerja. Ada kalanya wanita tak punya masa untuk membeli belah barang dapur atau mungkin makan apa sahaja tanpa menghiraukan diet seimbang.
Di dalam penyusuan, si ibu harus menjaga diet yang seimbang. Pengambilan protein. Sayur-sayuran. Buah-buahan. Lemak sihat. Fiber dan sebagainya sangat dititik beratkan kerana pengambilan para ibu menyusu perlu lebih dari ibu biasa.
Contohnya, si ibu menyusu memerlukan pengambilan sumber kalsium sebanyak 1200 mg sehari. Daripada mana kita dapat sumber kalsium itu. Kita boleh dapat melalui pemakanan kita seperti brokoli, sayuran hijau, tenusu, susu yang di pasteurkan mahupun kekacang.
Tetapi ada juga si ibu yang tidak gemar akan produk tenusu mahupun mengambil minuman susu seperti saya. Apatah lagi untuk mengambil sayur hijau dalam kuantiti yang banyak.
Jadi jika tidak si ibu akan mengalami masalah seperti kejang kaki. Sakit pinggang. Sakit kaki. Mudah letih mungkin akibat kekurangan kalsium itu tadi.
Jika makin dibiarkan ia boleh menyebabkan osteoporosis pula. Itulah sebabnya kenapa golongan sebegini harus mengambil kalsium dalam bentuk supplement. Harap ibu boleh faham analogi ini.
Tugas Setiap Supplement Sepanjang Menyusu Badan?
Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.
Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein yang berkhasiat sehari. Bagi memastikan sumber protein yang cukup si ibu boleh mengamalkan Energizing Soya Protein, ESP Soya yang sangat membantu mengekalkan pengambilan protein seharin.
Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C.
Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon. Pembentukan sel-sel darah merah. Penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
Kalsium
40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
Alfalfa- Milkbooster
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak.
Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.
Nota penting:
Ingat ia bukan semata-mata bergantung hanya untuk meningkatkan susu ibu sahaja. Malah perlu ada usaha dari segi kekarapan menyusu dan perahan. Konsep asas penyusuan adalah lebih kerap kita perah atau menyusukan anak, lebih banyak lagi penghasilan air susu ibu.
Vitamin juga memberikan tenaga kepada si ibu dan memastikan si ibu mengambil sumber makanan yang diperkayakan cukup nutrisi yang telah ditetapkan.