PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PRIHATIN, CEPAT & RESPONSIF

AMALAN PEMAKAN TERBAIK BAGI IBU MENYUSU

Panduan Pemakanan Bagi Ibu Yang Menyusukan

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Walau bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari berbanding ibu hamil. Adalah penting bagi memastikan kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat kerana setiap apa yang ibu makan akan sampai kepada bayi yang disusukan. Secara umumnya, ibu menyusu memerlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari. Di antara sumber makanan yang penting bagi ibu menyusukan ialah:
Protein
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 oz daging, ikan atau ayam.
Sumber protein termasuk :

  • Daging
  • Ayam
  • Telur
  • Keju, susu dan yogurt
  • Tauhu
  • Kekacang
breastfeeding set shaklee

ESP Shaklee kaya dengan protein. Ia mampu membekalkan keperluan protein harian untuk ibu menyusu supaya sentiasa bertenaga & cergas.

Kalsium
Pengambilan  kalsium yang dicadangkan ialah sebanyak 1,300 milligram sehari.
Sumber kalsium termasuk:

  • Susu, yogurt dan keju
  • Jus oren diperkaya kalsium
  • Tauhu
  • Ikan sardin
  • Sayuran hijau seperti sawi, siew pak choy, brokoli
Ostematrix Shaklee kaya dengan kalsium. Pengambilan Ostematrix setiap hari dapat membekalkan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusukan setiap hari.

Zat Besi
Jika anda berusia lebih daripada 19 tahun, anda memerlukan 9 miligram zat besi setiap hari.
Sumber terbaik zat besi termasuk :

  • Daging, Ayam
  • Makanan laut 
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur
Zinc Complex Shaklee adalah alternatif supaya badan mendapat zat besi secukupnya setiap hari.

Vitamin C
 Ibu menyusu memerlukan  Vitamin C yang secukupnya. Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda memerlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik adalah seperti :

  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato
Vitamin C Shaklee juga mampu membekalkan vitamin C yang mencukupi untuk anda setiap hari.

Air
Susu ibu  terdiri daripada 87% air. Jadi ibu menyusu memerlukan air yang banyak supaya badan dapat menghasilkan susu yang mencukupi. Jangan abaikan rasa haus yang merupakan tanda badan anda memerlukan air. Pastikan anda minum air secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari disamping  mengambil jus, susu, sup atau teh herba. Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuanAnda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee (klik) bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun.

breastfeeding set shaklee


Hubungi saya untuk tips penyusuan yang lain atau untuk mendapatkan breastpump dan breastfeeding set Shaklee dengan harga yang istimewa.

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *