Mengapa sepanjang tempoh berpantang susu anda tak banyak? Jawapannya:
[✔] Saiz perut bayi adalah sangat kecil semasa baru dilahirkan. Anda boleh lihat betapa kecilnya saiz perut mereka seperti didalam gambar di bawah.
[✔] Jadi normal untuk payudara menghasilkan susu yang sedikit memandangkan bayi tidak memerlukan susu yang banyak. Penghasilan susu ibu adalah berdasarkan konsep supply & demand.
[✔] Adalah sangat normal untuk anak kerap menyusu semasa pantang. Lebih -lebih lagi kalau baby boy. Bayi anda mungkin menyusu setiap setengah jam.
[✔] Anda mungkin menyangka bahawa susu anda tidak mengenyangkan bayi anda. sebenarnya tidak. Bayi kerap menyusu kerana susu kita sangat mudah hadam. Bila susu mudah hadam, anak cepat kenyang, dan akan cepat lapar semula
[✔] Sekiranya anak anda tetap menangis selepas menyusu, itu tidak bermakna bayi anda masih lapar. Mungkin bayi anda menangis kerana hendak dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu sejuk/panas.