Inverted nipple atau puting tenggelam adalah keadaan di mana puting seorang wanita masuk ke dalam (tenggelam) & bukannya berada di luar seperti puting wanita yang normal. Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi, inverted nipple akan menjadi satu masalah. Malah ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu & memberikan kepada anak melalui botol. Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct. Berikut adalah beberapa kaedah yang dapat membantu:
Lekapan yang betul
Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Oleh itu, setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu.
Picagari khas untuk mengeluarkan puting
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan.
Kerap pam susu
Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar.
Gunakan nipple shield
Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu.
Urutan
Terdapat teknik urutan yang boleh membantu mengeluarkan puting. Saya akan kongsi kaedah tersebut di masa hadapan.
Ibu yang mempunyai masalah puting tenggelam boleh cuba tips-tips yang saya berikan di atas. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi & minda anak anda. Set Penyusuan Shaklee juga membantu anda dalam memberikan susu yang terbaik untuk anak. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang set penyusuan yang saya tawarkan. Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan anda sekarang.
Kredit:
Cik Puan Nurul