PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PRIHATIN, CEPAT & RESPONSIF

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU

Bersedia untuk menyusui

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Bagaimana harus saya bersedia untuk menyusui bayi saya?

Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:

  • Bincang dengan ibu menyusu yang lain (anda boleh jumpa mereka dalam forum yang disediakan oleh jabatan kesihatan).
  • Baca buku untuk biasakan diri.
  • Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.

Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.

Sama ada anda memikirkannya atau tidak, badan anda ketika ini sedang bersiap sedia untuk penyusuan badan. Ini adalah salah satu sebab mengapa payudara anda menjadi begitu besar semasa hamil. Ketika ini, duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payudara berbanding sebelumnya. Tetapi saiz payudara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusukan dengan berjaya. Walaupun payudara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri.

Adakah saya perlu menjadikan puting saya liat atau apa-apa lagi terlebih dahulu?

Perubahan hormon kepada payudara akibat kehamilan adalah persediaan yang cukup untuk kebanyakan wanita. Baca lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu.

Anda tidak memerlukan krim untuk melembutkan kulit anda terlebih dahulu ataupun memerah kolostrum. Khususnya, jangan gosok atau sental puting anda kerana ini hanya akan mencederakan anda dan menyukarkan penyusuan badan.

Persediaan yang terbaik ialah mendapat sokongan suami serta keluarga dalam keputusan anda untuk menyusukan, supaya anda dan bayi mendapat permulaan yang baik. Kajian menunjukkan bahawa anda akan menyusu lebih lama jika suami anda juga berpengetahuan tentang penyusuan badan. Baca lebih lanjut mengenai bapa-bapa dan penyusuan badan.

Seperkara lagi yang anda boleh buat untuk menggalakkan penyusuan badan ialah dengan memastikan pakar obstetrik anda serta bidan dan jururawat yang menjaga anda semasa pelahiran dimaklumkan mengenai keinginan anda untuk mendapatkan seberapa banyak sentuhan kulit dengan bayi anda selepas dia dilahirkan.

Persentuhan kulit dengan kulit telah terbukti dapat memanjangkan masa penyusuan. Walaupun anda terpaksa menjalani pembedahan caesarean, dengan sedikit bantuan daripada jururawat, anda masih boleh memegang bayi dan merapatkannya pada kulit anda sejurus selepas dia dilahirkan. Bayi anda mungkin akan mendekatkan diri ke payudara anda dan cuba menyusu, atau dia hanya akan menghidu, menjilat atau menggesel-gesel mukanya pada payudara anda. Semua ini akan membantu memantapkan dan menggalakkan penyusuan badan.
Semakan terakhir: April 2012

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya
Siti Aisah 017-647-7837
 Facebooke page: aisah health collection 
Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

One thought on “TIPS PENYUSUAN SUSU IBU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *