PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PRIHATIN, CEPAT & RESPONSIF

Tips Memilih Breastpump

Tips Memilih Breastpump

Bagi ibu yang menyusukan, breastpump merupakan aksesori yang paling penting kerana ia diperlukan untuk membuat power pumping, dan juga untuk menyimpan stok susu. Pemilihan breastpump yang betul adalah sangat penting kerana pam yang sesuai akan membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sehingga kita rasa pening nak memilih yang mana satu. Kali ni saya nak share tips untuk memilih breastpump yang sesuai dengan kita. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan breastpump ialah:

♥♥  Bujet
Kenal pasti berapa bujet anda untuk pam. Pilih pam yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Jangan terlalu ikutkan keinginan untuk membeli pam yang mahal sehingga membebankan kewangan anda.

♥♥ Mudah digunakan
Anda akan mengepam berkali-kali dalam sehari. Jadi pilih pam yang mudah digunakan, mudah dibawa ke mana-mana, mudah disimpan, mudah dibersihkan, dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang & dibuka.

♥♥ Berat & Saiz
Pilih pam yang mempunyai berat & saiz yang bersesuaian dengan anda. Agar tidak menjadi masalah untuk anda bawa ke pejabat atau pun semasa travelling.

♥♥ Bateri vs elektrik
Jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik semasa di pejabat, pam manual atau pun yang menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik. Jika anda ada bujet yang lebih, anda boleh pilih pam yang berfungsi menggunakan elektrik & bateri.

♥♥ Bunyi
Pilih pam yang tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat. Ini kerana anda mungkin perlu mengepam semasa bayi sedang tidur atau mengepam di work station tanpa diketahui oleh rakan sekerja yang lain.


♥♥  Ketahanan
Pilih breastpump yang tahan lama supaya anda tidak perlu membeli pam baru setaipa kali melahirkan.

♥♥ Kekuatan hisapan
Pilih pam yang bolh dilaras kekuatan hisapannya supaya anda boleh mengurangkan kekuatan hisapan sekiranya merasa sakit.

♥♥  Kelajuan
Pilih pam yang boleh mengepam susu dengan banyak pada masa yang singkat. Jika anda mempunyai bujet yang lebih, anda boleh membeli dual pump.

Perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuan. Anda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee (klik) bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun.

Hubungi saya untuk tips penyusuan yang lain atau untuk mendapatkan breastpump dan breastfeeding set Shaklee dengan harga yang istimewa.

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
 Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *