PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

PRIHATIN, CEPAT & RESPONSIF

Info Penyusuan


Mama sedikit sebanyak ingin syer berkaitan dgn pemahaman semenjak mula berkecimpung di dalam dunia BF..InsyaAllah selagi daya yang mama mampu mama akan cube cari ilham dan seterusnya membina kefahaman pada ibu ibu di luar sana yang ingin mengetahui dan mencebur dunia BF dengan lebih mendalam lagi..
Di bawah adalah gambar rajah sedikit sebnyk berkaitan dgn payudara kita:

Struktur payudara…

 Peranan Hormon dalam Penghasilan Susu Ibu


Ada beberapa hormon penting yang terlibat dalam penghasilan susu ibu:
  1. Progesteron
  2. Estrogen
  3. Prolaktin
  4. Oksitosin
Penghasilan susu ibu bermula daripada peringkat mamogenesis (pembentukan dan kematangan kelenjar mamari), diikuti dengan laktogenesis (penghasilan dan pancutan susu ibu) dan seterusnya laktasi (pemberian/penyusuan susu ibu kepada bayi).
Empat hormon yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam ketiga-tiga fasa penyusuan ibu tersebut. Corak rembesan hormon-hormon ini merupakan suatu proses homeostasis yang mana pertambahan satu faktor akan memberi kesan (sama ada meningkatkan atau mengurangkan) rembesan hormon-hormon tersebut. Peningkatan dan pengurangan rembesan hormon-hormon ini seterusnya memberi kesan kepada kuantiti susu ibu yang dihasilkan.
Progesteron – penting semasa pembentukan dan kematangan kelenjar mamari, mempengaruhi saiz alveolus dan lobus di dalam payudara wanita hamil. Kandungannya berkurang apabila kelahiran berlaku.
Estrogen – juga merangsang perkembangan  dan kematangan kelenjar mamari.
Prolaktin – merangsang penghasilan susu ibu.
Oksitosin – merangsang pancutan susu ibu, merangsang pengecutan uterus selepas kelahiran.
……………………………………………………………………………………

Dan dengan itu pemakanan dalam penyusuan adalah amat penting dan ibu ibu perlulah menjaga pemakanan kita agar mengamalkan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan yang di syorkan.Disini mama cuba coretkan sedikit sebanyak dari segi pengalaman dan mama pasti ibu ibu di luar sana tahu dan ada yang sudah mengamalkan beberapa petua untuk meningkatkan penghasilan susu ibu yang memberangsangkan di samping menjaga kualiti susu ibu itu sendiri.


Ibu-ibu Menyusu : Makanan Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu.

Ramai Ibu-ibu pada masa kini makin sedar akan kepentingan penyusuan susu ibu untuk anak-anak mereka. Kebaikkan susu ibu didedahkan secara meluas bagi memupuk semangat menyusu dikalangan kaum ibu. Khasiat susu memang tidak dapat dinafikan lagi.

Namun dizaman dengan kemodenan ini, faktor masa dan stress menjadi masalah utama untuk Ibu-ibu dapat menyusu secara eksklusif untuk bayi sehingga umur 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Masa yang tidak cukup untuk menyediakan/mencari makanan yang berkhasiat bagi meningkatkan penghasilan susu dan Stress akibat daripada tekanan kerja ataupun kehidupan seharian akan merencatkan penghasilan air susu yang akan menyebabkan Ibu-ibu mengambil jalan mudah untuk menghentikan penyusuan susu ibu.

Dibawah ini ada Beberapa jenis makanan yang mudah dan senang diambil.
mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda bersemangat menyusukan bayi dan anak anda.

1. Sayur-sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau sememangnya mengandung khasiat yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Disamping meningkatkan penghasilan susu ia juga menjadikan air susu kita berkualiti dengan vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh anak-anak kita.

Kebiasaanya saya sangat suka mengambil sayuran hijau secara mentah. Seperti salad, pegaga, dan asparagus (yang muda) sangat enak dimakan sebagai ulam. Bagi mereka yang tidak cukup masa boleh sediakan sayur-sayur yang boleh dimakan mentah. cepat bukan. hanya basuh bersih-bersih dan sudah sedia untuk dimakan . 🙂

2. Lobak Putih

Lobak putih mengandungi Vitamin C dan serat yang tinggi. yang mana ianya membantu dalam penghasilan susu dan meningkatkan sistem imunisasi Ibu dan secara tidak langsung sistem imunisasi bayi atau anak juga dapat ditingkatkan.

Ada yang berkata lobak putih ini sangat sedap dimasak sayur air bersama ikan bilis ataupun udang.
ada juga yang kata enak dijadikan sebagai jus. Kisar dan terus minum 🙂

Selama saya menyusukan Khalis. saya memang tidak pernah makan lobak putih kerana kurang gemar dengan rasanya. Tapi bagi anda yang gemarkan rasanya. boleh mencuba.

3. Jintan 

Jintan Hitam ataupun nama yang biasa adalah Habbatus Sauda. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Sesungguhnya, Habbatus Sauda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam.”
disebalik sabda Rasulullah itu, secara logiknya kita boleh berfikir yang Habbatus Sauda ini mengandungi banyak Khasiatnya sehingga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit [jika kita Istiqamah dalam pengambillannya].

Jintan Manis pulak, jika anda adalah seorang penggemar kari memang tersangat mudah. kerana dalam rempah untuk memasak kari mengandungi Jintan manis ini.

Suami saya sendiri adalah pengemar kari. jadi salam seminggu, kari adalah lauk yang wajib dimasak, 3 hari berturut2 makan kari pun tak ada masalah. 🙂

4. Tauge Alfalfa

Tauge alfalfa ini memang mudah untuk diperolehi dan juga harganya sangat2 murah. Alfalfa merupakan agen “Milk Booster” tersangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusu. Bayi dan anak anda memang sentiasa kekenyangan jika mengambilnya (ini yang saya alami)

Tauge ini sangat mudah disediakan. biasanya saya masak lemak putih campur dengan isi ikan rebus dan dimakan bersama ikan goreng ataupun ayam goreng. memang berselera sangat.
Kadang kala waktu2 nak ubah selera. Saya makan sebagai ulam pun sedap. Biasala orang kelantan. terkadang saya makan juga dengan budu. sedap… memang tak pandang lauk lain . 🙂

Tambahan pula tauge ini memang mudah diperolehi ditempat saya ni. ada di pasaraya mini yang berdekatan rumah saya. bagi anda untuk mudahkan pencarian boleh ke supermarket yang berdekatan. setakat ini tempat yang paling kerap saya nampak Tauge Alfalfa adalah Jaya Jusco 🙂

5. Kurma

Khasiat kurma memang kita semua tidak nafikan. dan ia juga merupakan salah satu makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W .

Kurma membekalkan kalori segera kepada badan (sebab itulah ianya disunatkan makan semasa berbuka puasa). Untuk ibu-ibu menyusu, kurma wajib ada dirumah masing-masing kerana Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan.
Saya memang akui jika pagi2 saya sarapan dengan roti, susu, dan makan kurma. Kilang susu memang terasa berat dan Khalis pun kelihatan kenyang selepas minum susu.

6. Susu

Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu kerana bukan sahaja memberi kebaikkan kepada kandungan susu ibu tetapi juga memberikan kebaikkan kepada ibu itu sendiri dengan membekalkan protein, kalsiun, vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan.

Jika anda terlalu sibuk, pelbagai alternatif untuk minum susu ni. kalau tak sempat nak bancuh. ada banyak susu didalam kotak dipasaran. boleh dijadikan sebagai stok didalam peti ais anda. dan boleh terus diminum 🙂

7. Keju

Keju juga seperti susu khasiatnya. Sama khasiatnya dari segi kalsium, protein, vitamin dan zat galian. dan ianya mudah diserap oleh badan.

8. Tempe

Sebut saja tempe. mesti ramai yang menggemarinya kan… ya. tempe juga merupakan salah satu makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu. dibuat daripada kacang soya yang mengandungi tinggi kandungan protein. disamping itu ia juga memekatkan air susu.:)

9. Halba

Halba atau nama inggerisnya Funegreek. juga popular sebagai agen untuk meningkatkan penghasilan susu. Kebiasaanya ia boleh dimakan begitu sahaja. atapun dijadikan sebagai rempah didalam memasak kuih muih, lauk pauk dan juga nasi. Boleh juga direbus dan diminum airnya. Mudah diperolehi dengan harga yang murah.

Selain daripada makanan. Amalan wajib yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. adalah DOA.
kerana segala yang berlaku adalah kehendak-Nya. jika Dia tidak mengizikan sesuatu itu berlaku maka ianya tidak akan berlaku.
Jadi sebagai Hamba-Nya kita wajib berdoa untuk meminta sesuatu daripada Allah. dan Amalan meminta2 daripada Allah adalah amalan yang akan mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Pencipta. dan Allah maha penyayang dan maha pengasih akan memperkenankan permintaan kita selagi kita istiqamah, tidak putus asa dan sentiasa mengingati DIA samada dalam waktu susah dan senang.

Berikut adalah doanya : Surah Al-Baqarah, ayat 60.



Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.

Bacalah bila-bila masa yang sesuai disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat fardhu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insyaAllah.

Selain itu. Ibu-ibu yang bekerja dan berada jauh daripada anak dalam tempoh masa yang lama. anda digalakkan untuk mengepam susu  secara kerap bagi menggalakkan penghasilan susu.
dan  bagi ibu-ibu yang tidak bekerja. anda pula digalakkan menyusu anak secara kerap. kerana proses hisapan akan meningkatkan lagi penghasilan susu apabila kilang susu dikosongkan.

dan yang paling penting adalah niat kita untuk menyusu. Jangan mudah rasa putus asa dan kuatkan semangat. kerana cabaran sebagai ibu menyusu ini banyak. terutama jika kita berada didalam kelompok yang tidak menyokong penyusuan susu ibu 🙂

********************************************
Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan makanan-makanan semulajadi untuk meningkatkan penghasilan susu. Anda boleh mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee iaitu :
Shaklee Breastfeeding Optimum Set

Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi)




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *